Khamis, 10 Mei 2012

Alhamdulilah..

protected under copyright act 1987

Alhamdulillah.. hari ini adalah hari yg bersejarah buat saya
tanggal 9 Mei .. saya di lahirkan oleh bonda saya ..
Segala puji bagi Allah!..
Hari kelahiran saya telah selamat.. Disambut dengan senyum oleh bonda..
Semoga hari kematian saya juga selamat hendaknya..
Hari lahir kali ni juga amat istimewa berbanding biasa..
Sebab.. Allah anugerahkan saya suami..pelengkap hidup saya..
Yang menjadikan hari biasa saya menjadi begitu luar biasa..
Yang membuatkan saya tertawa di saat saya berduka..
Terima kasih Allah..atas nikmat yang tak terhingga..

Khamis, 31 Mac 2011

menanti kaktus berduri menghadiahkan bunga-bunga indah..

protected under copyright act 1987

kemarau hati melanda kini..gundah menguasai diri..apakan daya aku hanya bermukim di padang pasir yang tandus tanahnya.. sedihkah aku? tidak..kerana aku insan yang cekal , cekal dalam menelusuri lembah pasir ini sambil menanti kaktus berduri menghadiahkan bunga-bunga indah..

Selasa, 22 Mac 2011

Bila hati berkata.."aku terima"...

protected under copyright act 1987

Alhamdulillah.. syukur atas cinta... syukur atas nikmat rindu yang kau cebisi di sudut hati ini..dalam lautan cintaMu, KAU titipkan di dalam hati kami setitis cinta.. cinta yang ku harapkan menjadi penawar segala nestapa, pembimbing ketika aku dalam gelita..syukur ya ALLAH!..
lantas hati ini berkata..Ya! dialah insan yang ku nanti..dialah yang ku impi..terima kasih duhai pemilik cinta!
Dan.. dengan setitis cinta itu ku layari bahtera kasih merentasi samudera dunia bersama dia..si pengemudi bahtera hidupku..
Untuk dia... ingatlah.. bilamana hati ini berkata "aku terima"... bermakna engkaulah selamanya..

Ahad, 19 Disember 2010

luahan cinta..

protected under copyright act 1987

ya Allah..ini adalah pengharapan..lahir dari hati seorang insan yang dhaif..memohon penuh harap..meminta dengan hati yang sarat..
Ya Allah..sekiranya cinta insan mendatangi aku dan Kau taqdirkan aku menyambutnya..jangan sesekali biarkan cinta itu memadamkan cintaku kepadamu..
Ya Allah..seandainya cinta manusia membuatkan hati ini merindu, jangan biarkan rindu itu memamah rinduku terhadapmu..
Ya Allah..jika cinta yang terbina antara aku dan dia tak mampu lagi menguatkan hatiku, bahkan melemahkan ibadahku..engkau pisahkan aku dan dia sehingga akad menyatukan kembali..namun, jika bukan itu yang terjadi..kutahu engkau merencana sesuatu yang terbaik buatku..
ya Allah..cinta adalah fitrah..dan aku adalah salah seorang insan yang sedang menelusuri fitrah itu..
maka,
kuatkan cintaku padamu..hangatkan rinduku padamu biar ia mampu membakar cinta yang fana..

Sabtu, 6 November 2010

diakah pilihanku?

protected under copyright act 1987
Dalam resah dalam sendu..aku keliru
Tiba-tiba hadir bayangmu melamar rinduku
engkau kah yang bakal melabuh tirai duka menggantikan dengan senyum ceria?
Nadi hati ini menggetar berentak sayu
Biarkan aku berundur dulu
Maafkan aku atas kekeliruanku
Lantas kau berikan ku secebis waktu
Ku cari bayangmu dilangit biru..
Namun..tak kutemu senyum manismu
Ku tunggu sapaanmu melalui angin lalu
Xketemu jua sebujur ikhlasmu
Biarkan waktu berlalu..
Sehingga istikharahku menjemputmu ke duniaku..

Sabtu, 31 Julai 2010

bisikan hati..

protected under copyright act 1987

berbulan lamanya blog ini kubiarkan tanpa di update. bukan niatku untuk menyepi mahupun menyendiri tapi ruang waktu yang terlalu menyempit..terlalu sibuk dengan tesis. namun, malam ini aku luangkan sedikit masa untuk bermesra dengan blog kesayanganku.. thanks blog kerana sabar menunggu. tajuk malam ini ialah berkaitan dengan was-was. untuk pengetahuan semua, was-was adalah satu penyakit yang sangat berbahaya kalau tak di cegah. was-was boleh menyerang aqidah dan ibadah seseorang. ianya dicetuskan oleh syaitan yang bernama khannas.. syaitan spesis ni sering membisikkan ragu-ragu, x konfiden kedalam hati bani adam.oleh itu hati-hatilah bilamana anda diserang oleh penyakit ini. cepat-cepat beristighfar, mohon dari ALLAH supaya di jauhkan dari kejahatan syaitan.. ~selamat beramal~

Sabtu, 29 Mei 2010

Catatan untuk baba..

protected under copyright act 1987

Menatap potretmu didalam album usang seolah-olah mengundur kembali masa ke suatu detik. Senyummu,marahmu,gurauanmu ,nasihatmu tersisip rapi di dalam kantung kenangan. Bab demi bab, helaian demi helaian memori kuselak. Entah kenapa ingatan terhadapmu menggigit tangkai nurani kecilku membawa aku mengembara sejauh ini.untuk apa?untuk aku memungut permata-permata yang kau beri dulu.setelah sekian lama aku tercicirnya di belantara perjalanan yang panjang. Maafkan aku…bukan aku tak menghargai permata indah itu.tapi aku tertipu oleh kilauan kaca yang memukau mataku.hingga akhirnya permata pemberianmu aku buang.Aku datang kembali malam ini, demi menjejak jalan yang kita pernah lalui suatu masa dulu.biarpun engkau telah tiada, tapi ku tahu bayangmu masih ada sedang tersenyum memandangku.maafkan aku, kerana aku malu untuk tersenyum kepadamu kembali.aku teramat malu.

Baba..sewaktu aku melewati pusaramu pada cuti semester yang lalu..teringat aku pada cerita yang kau kisahkan kepadaku di zaman kanak-kanakku. Cerita seorang budak yang pintar yang menangis teresak-esak dibawah sepohon tamar. Bila ditanya sebabnya.dia menjawab “ ketika aku melihat ibuku menghidupkan api untuk memasak,ibuku memasukkan ranting-ranting kering yang kecil dahulu sebelum memasukkan kayu yang besar, aku bimbang..jika api neraka kelak,aku yang menjadi ranting kecil itu..” baba..cerita itu masih terkesan di hatiku sehingga kini.kisah kanak-kanak yang takutkan api neraka.

Lalu..kau katakan lagi hati kanak-kanak ibarat cermin putih yang lutsinar yang mampu melihat ke sebelah sana.namun semakin hari debu akan melekat pada cermin lutsinar tadi hingga cermin lutsinar tadi menjadi lutcahaya sehingga tidak Nampak lagi ke sebelah sana.pandangan hati semakin terbatas untuk memikirkan akhirat..kini aku sedar hakikat itu.kata-katamu ada kebenarannya..
Cukup disini dahulu kembaraku dalam menjejak bayang-bayangmu . aku akan datang lagi sehingga kelak aku akan mampu untuk tersenyum kepadamu tanpa segan atau malu..-anakmu-